Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli (tengah) bersama peguamnya, Ahmad Nizam Hamid (kanan) di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.-pix ihsan FB.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Rafizi Ramli.

Naib Presiden PKR itu pada 15 November lalu dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada tuduhan di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) berkaitan kes National Feedlot Corporation (NFC).

Berikutan keputusan itu, mahkamah mengetepikan sabitan dan hukuman 30 bulan penjara dikenakan terhadap Rafizi tahun lepas.

Bagaimanapun notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara selepas itu.

Peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid dalam satu kenyataan berkata, Timbalan Pendakwaraya memaklumkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ditarik balik hari ini.

Sebelum itu, Rafizi pernah dikatakan mempersoalkan kenapa Pejabat Peguam Negara mengeluarkan notis membuat rayuan terhadap kesnya sehingga menimbulkan polemik politik baru-baru ini.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Raw of jangga.. Mlysia baru.. Undang2 jadi undang2 pling hamprak di dunia.. AG tak lyk jadi pguam.. Anda plu kluar n Agong dan pm wajid pecat AG bodoh itu..

  2. Di malaysia dah takda undang2 lg , yg ada pun undang2 rimba sesispa yg nsk sdlsh pun buat je lah .. nsnti blh minta tolong tommy tomes AG bebaskan , bertuah betul duduk kat malaydia ni … yg salah pun di bebaskan …

Comments are closed.