KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengunjungi Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kini sedang berehat selepas seminggu menjalani pembedahan apendisitis pada Sabtu lalu.

Kunjungan Siti Hasmah itu dikongsikan oleh Syed Saddiq menerusi laman Instagramnya semalam tanpa menyatakan lokasinya.

Bagaimanapun, berdasarkan gambar kunjungan Siti Hasmah itu dipercayai di dalam sebuah wad hospital.

Menerusi ciapan, Ahli Parlimen Muar merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan doa dan kata-kata semangat buatnya.

Daam pada masa sama, beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej yang dikirim rakan-rakan seperjuangan.

Ujarnya, beliau bersyukur kerana pembedahan yang berlangsung beberapa hari lalu dapat berjalan dengan lancar.

Syed Saddiq turut memaklumkan, beliau kini sedang menjalani proses pemulihan di rumah dan akan kembali bertugas selain mengadakan mesyuarat post-mortem kejohanan Sukan SEA.

Sebelum ini, media melaporkan Syed Saddiq selamat menjalani pembedahan apendisitis sebagai kenyatan yang dikeluarkan oleh Kementerian belia dan Sukan.

Beliau dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil selepas pembedahan berlansung dan memerlukan ruang rehat secukupnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Org lain operate appendik 3 hari dah sihat… Ni menteri sukan dah seminggu pun muka mcm merenggek je… Mmg dasar tisu lembut menteri ni… 🙂

Comments are closed.