Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad bercakap pada sidang media khas di Kompleks Perbadanan Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 28 NOVEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Pihak yang mempolitikkan isu iklan SugarBook secara tidak langsung memberi publisiti dan promosi percuma kepada syarikat berkenaan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

Beliau berkata, kesilapan tersebut telah diperbetulkan dengan menurunkan iklan tersebut, dalam masa yang sama pihak yang bertanggungjawab meluluskan iklan itu dipamerkan sedang disiasat.

“Ada yang tersilap, maka diturunkan dan disiasat siapa yang luluskan, kalau ada.

“Malangnya, ada yang nak jadikannya isu politik, maka ditular dan mengiklankan syarikat berkenaan secara percuma. Seronok syarikat berkenaan. Free jer dapat publisiti,” katanya di Twitter.

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah mengeluarkan notis amaran serta surat tunjuk sebab kepada pihak syarikat operator, Tetuan Out Of Home susulan paparan visual SugarBook di Bangsar dan Bukit Kiara pada 17 Disember yang lalu.

Susulan itu Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook, Darren Chan berkata, aplikasi itu dibangunkan sebagai platform untuk memberi peluang kepada wanita untuk membuat temu janji dengan memilih secara bebas apa yang mereka mahu dalam perhubungan yang ideal.

Meskipun menyedari kebimbangan tentang aplikasi itu, namun menurut Chan, pihaknya berharap orang ramai memahaminya tujuan mereka yang mengangkat kaum hawa dengan meningkatkan kemampuan mereka untuk memilih secara bebas.-MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Kalau DBKL buat kerja elok-elok, tiada nya orang hendak adu. Jangan hendak salahkan netizen komen pula. Sendiri yang sudah buat silap, nak salahkan orang lain pula.

  2. Tok aki sibuk promosi dan bincang tentang islam dgn negara luar..anak2 buah yg bodoh tengah promosi tentang pelacuran…apa nak jadi islam dlm PH ni?..ini lah bahananya kalau dah berkawan dgn kafir harbi.

    • Btul tu.. Bukan org kafir jado baik, tapi org islam jadi jahat lpas lawan dgn kafir.. Mmg dap lanatillah pembawa sial kpd ngra mlysia ni.. Hancur kn dap laknatullah ini dr bumi tanah mlyu ini..

  3. Tahu jubur ko agkat martabat wanita.. Mmg dasr pelacur.. Bodoh penya mnusia.. Klu ko rasa nk perkara yg bertentangan dgn rakyat mlysia, ko pi mmpus ngra asal ko ya.. Bodoh punya mnusia… Ini lh hadiah yg ph bawa utk rakyat.. Syabas ph ya.. Menteri cap ayam smua tu.. Tu yg ptadbiran pun jadi huru hara..

Comments are closed.