Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin melawat salah satu ruang yang terdapat pada Tapak Senario Ampang selepas merasmikannya di Ampang Point, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 DISEMBER 2019.

AMPANG – Cukai taksiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara akan dinaikkan bermula tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya, kenaikan itu dibuat sempena tahun penyelarasan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan selepas ada PBT yang tidak melaksanakannya sejak bertahun-tahun lamanya.

Bagaimanapun menurut beliau, kenaikan tersebut tidak akan dibuat secara mendadak sehingga menyusahkan orang ramai sebaliknya kadar kenaikan itu hanya dikutip seperti token mengikut perbandingan kediaman dan juga premis perniagaan.

“Saya sudah keluarkan arahan semua PBT untuk jadikan tahun 2020 sebagai tahun penyelarasan penilaian. Maknanya mereka (PBT) kena selaraskan pada tahun 2020 naikkan sikit ke apa untuk penyelarasan dan lepas itu setiap lima tahun kena ikut (naik).

“Kita buat kerana selama ini PBT tak ikut garis panduan kerajaan tempatan di mana setiap lima tahun kena naikkan. Tapi ini tidak dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Tapak Senario Ampang dan Santai@Ampang Point di sini malam ini.

Mengulas mengenai perkara tersebut Zuraida berkata, langkah pihaknya menaikkan cukai berkenaan adalah disebabkan ia tidak dinaikkan oleh ahli politik sebelum ini ekoran bimbang berdepan risiko ketika menjelang pilihan raya.

“Sebenarnya macam ini, kenaikan kadar cukai ini disebabkan ahli politik ini dia takut nak masuk pilihan raya (kesan kepada kenaikan akan mengundang masalah). Jadi, dia takut tu sebab tak naik sampai bertahun-tahun hingga 30 tahun.

“Saya nak hentikan budaya macam ini, pasal kalau kita tak buat dengan baik PBT susah nak menguruskan. Kalau PBT tiada duit kerajaan negeri tak kasi dia duit, nak cari duit kat mana? Dia punya pendapatan daripada cukai tu,” ujarnya.

Zuraida menambah, pada masa ini hanya PBT di Pahang sahaja yang telah melaksanakan kenaikan cukai taksiran berkenaan dan PBT di negeri-negeri lain belum berbuat demikian.

Sementara itu, Zuraida merancang akan menaik taraf Ampang sebagai sebuah bandar raya kerana PBT di kawasan berkenaan sudah mencapai sasaran yang ditetapkan.

Ini bermakna Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan menjadi Majlis Bandar Raya Ampang Jaya.

Katanya, untuk menjadikan sesebuah PBT itu boleh dinaik taraf sebagai bandar raya ia mesti mencapai sasaran pendapatan hasil pungutan cukai sebanyak RM100 juta setahun manakala Ampang sudah melebihi sasaran iaitu RM160 juta. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Sangat patut dinaikkan cukai, selaras dengan kenailan gaji menteri. Menteri perlu duit untuk kelyarga.

  2. Patut dah di naikan . Dlm pbt ramai sanak saudara ipar duai yg bekerja disitu . Lps tu nk tampong perbelanjaan ahli majlis untuk melencong sambil belajar di luar negara untk mempelajari perkara2 baharu yg tk pernah pun mendatang hasil tambah . Banyak lg tp malas nk ulas ..

  3. Manifesto Pru14 – Negara Berkebajikan.
    Buang GST Sbb membebankan rakyat tetapi
    Rakyat mesti membayar cukai2 baharu.
    Jika TIDAK bayar cukai boleh Di dakwa sehingga masuk penjara.
    TAHNIAH pada Kerajaan PH….
    Kerana rakyat Malaysia memerlukan hasil cukai baru dan jangkahayat rakyat akan lebih pendek sebab menderita.

  4. Syukur tahun depan semua naik, minyak naik, tol naik, gaji naik, cukai naik dan umur pun dah naik. SELAMAT TAHUN BARU SEMUA.

  5. Kenaikan sehingga RM2.00 – Rm5.00 sepenggal rasanya tidak jadi masalah.. mereka yang duduk dibandar juga tiap malam boleh ngopi.
    Cuma perkhidmatan mesti cekap. Mentol tsk nyala cepat gsnti. Tempat gelap pasang lampu. Jalan taman diselia ikit jadual.
    Dan lagi jurang majlis2 penbaziran. Mesyuarat jangan order mskansn berlebihan dsn krmudian bungkus bawa balik.

  6. Kenaikan sehingga RM2.00 – Rm5.00 sepenggal rasanya tidak jadi masalah.. mereka yang duduk dibandar juga tiap malam boleh ngopi.
    Cuma perkhidmatan mesti cekap. Lampu jalan tak nyala cepat ganti. Tempat gelap pasang lampu. Jalan taman diselia ikit jadual.
    Dan lagi kurang majlis2 penbaziran. Mesyuarat jangan order makanan berlebihan dan kemudian bungkus bawa balik.

Comments are closed.