Keadaan bas yang remuk selepas terlibat dalam nahas dengan sebuah trak di Gualan. Guatemala City. foto Agensi

GUATEMALA CITY – Kemalangan antara bas penumpang dan treler yang berlaku di timur Guatemala mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang, termasuk kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun.

Presiden Guatemala, Alejandro Giammattei menyifatkan nahas itu sebagai kemalangan yang dahsyat.

Kemalangan itu berlaku di dekat bandar Gualan, berhampiran pantai Atlantik Guatemala, ketika bas penumpang Pullman dalam perjalanan pergi ke bandar Santa Elena, dekat sempadan Mexico.

Punca kemalangan belum diketahui. – MalaysiaGazette