TERKINI : Hilman Sahkan Belum Dipanggil Polis “ISU Kongres AMK”

Tiada masalah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Demikian jelas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Hilman Idham mengenai siasatan terhadap ahli-ahli yang melanggar disiplin parti semasa berlangsungnya Kongres Nasional PKR di Melaka pada awal bulan ini.

Menurutnya, beliau bersedia untuk bertemu dengan Pengerusi Lembaga Displin, Datuk Ahmad Kasim bagi melicinkan siasatan kes itu.