Hari ini tular di media sosial Di Kuala Terla berlaku kesesakan jalan raya yang teruk gara-gara sekumpulan petani didakwa  menghalang jalan raya ekorang penguatkuasaan kerajaan negeri.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pahang hari ini menegaskan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan ke atas penerokaan secara haram di kawasan tadahan air Kuala Terla berkait Sungai Ichat, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands mengikut peruntukan undang-undang.

Tindakan tersebut adalah berlandaskan kepentingan umum bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan kepentingan rakyat sentiasa dipelihara, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak.

Ia dilakukan mengikut rule of law, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Buktinya, tindakan meroboh yang telah dilaksanakan di Sungai Ichat sebelum ini telah dihentikan apabila Peneroka-Peneroka telah memperolehi perintah untuk injunksi interim bertarikh 11 Mac 2019 daripada Mahkamah Tinggi Kuantan.

“Walaubagaimanapun, Plaintif-Plaintif dalam saman pemula ini telah menarik balik permohonan mereka di mahkamah dan memberhentikan tindakan saman tersebut pada 30 September 2019,” ujarnya dalam satu kenyataan yang sama.

Tambah Sallehuddin, bagi memastikan kawasan tadahan air Kuala Terla berkait Sungai Ichat, Mukim Ulu Telom Daerah Cameron Highlands itu terus terpelihara, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pada 13 Mac 2019 telah meluluskan pewartaan kawasan terbabit seluas 121.12 hektar (300 ekar) sebagai Hutan Simpan Sungai Ichat.

“Aktiviti kawalan termasuk penjagaan dan penanaman pokok hutan bagi fasa satu telah dilaksanakan oleh Pejabat Perhutanan Negeri Pahang sebaik sahaja tindakan penguatkuasaan selesai dijalankan.

“Kerajaan Negeri Pahang juga komited untuk meneruskan tindakan penguatkuasaan ini dan tidak akan berkompromi demi memastikan kelestarian serta kesejahteraan rakyat di daerah Cameron Highlands dapat di realisasikan,” tambahnya.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memastikan segala tindakan penguatkuasaan yang telah dan akan diambil mematuhi segala perundangan yang berkuatkuasa serta berlandaskan ‘rule of law’.

“Buktinya, tindakan meroboh yang telah dilaksanakan di Sungai Ichat sebelum ini telah dihentikan apabila Peneroka-Peneroka telah memperolehi perintah untuk injunksi interim bertarikh 11 Mac 2019 daripada Mahkamah Tinggi Kuantan.

“Walaubagaimanapun, Plaintif-Plaintif dalam saman pemula ini telah menarik balik permohonan mereka di mahkamah dan memberhentikan tindakan saman tersebut pada 30 September 2019,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Sallehuddin, bagi memastikan kawasan tadahan air Kuala Terla berkait Sungai Ichat, Mukim Ulu Telom Daerah Cameron Highlands itu terus terpelihara, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pada 13 Mac 2019 telah meluluskan pewartaan kawasan terbabit seluas 121.12 hektar (300 ekar) sebagai Hutan Simpan Sungai Ichat.

“Aktiviti kawalan termasuk penjagaan dan penanaman pokok hutan bagi fasa satu telah dilaksanakan oleh Pejabat Perhutanan Negeri Pahang sebaik sahaja tindakan penguatkuasaan selesai dijalankan.

“Kerajaan Negeri Pahang juga komited untuk meneruskan tindakan penguatkuasaan ini dan tidak akan berkompromi demi memastikan kelestarian serta kesejahteraan rakyat di daerah Cameron Highlands dapat di realisasikan,” tambahnya.

Hari ini tular di media sosial Di Kuala Terla berlaku kesesakan jalan raya yang teruk gara-gara sekumpulan petani didakwa  menghalang jalan raya ekorang penguatkuasaan kerajaan negeri.

Kesakan jalan raya itu dikatakan berlaku di laluan antara Blue Valley ke Kampung Raja. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.