Peter Bellew.

DUBLIN – Mahkamah Tinggi Ireland pada hari Isnin menolak percubaan Ryanair untuk menghalang Peter Bellew daripada menyertai easyJet sehingga 2021 dengan mengatakan klausa tidak bersaing selama 12 bulan tidak dapat dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, Ryanair mengarahkan peguamnya untuk membuat rayuan.

Dalam hujahnya dalam dua minggu perbicaraan, Ryanair berkata, Bellew mempunyai maklumat mengenai nilai kompetitif yang sangat besar dan terikat dengan klausa tidak bersaing yang didakwa oleh syarikat perlu menghalang Ketua Operasi syarikat itu untuk mula bekerja dengan pesainganya sehingga Januari 2021.

Bellew adalah bekas Ketua Eksekutif Malaysia Airlines,

Beliau menafikan kedudukannya tertakluk kepada klausa itu.

Sebaliknya, beliau menyatakan dia tertakluk kepada skim opsyen saham yang didakwa Ryannair tidak memiliki nilai berkesan.

Ryanair berhujah bahawa sekatan terhadap bekerja untuk “mana-mana syarikat penerbangan yang bersaing dengan Ryanair di mana-mana pasaran,” terlalu luas.

Hakim Senan Allen mengatakan bahawa sementara klausa tidak bersaing itu digunapakai, perkara itu juga tidak dapat menghalang Bellew daripada menyertai mana-mana syarikat penerbangan, bukan hanya pada bahagian-bahagian pasaran yang sama seperti Ryanair.

“Saya mendapati bahawa perjanjian dalam kes ini, dengan jelasnya, akan menghalang defendan daripada mengambil pekerjaan dengan mana-mana syarikat penerbangan Eropah, termasuk syarikat penerbangan legasi dan sebagainya melampaui apa yang telah dijelaskan oleh plaintif,” kata Allen dalam penghakimannya .

Ketua Eksekutif Ryanair, Michael O’Leary, memberitahu mahkamah bahawa dia tidak akan mempunyai bantahan kepada Bellew menyertai “syarikat penerbangan legasi” yang lebih mahal, tetapi maklumat Bellew yang dimilikinya boleh merosakkan Ryanair di tangan pesainganya.

Semasa perbicaraan mahkamah, Bellew memberitahu hakim beliau percaya fasal itu boleh dikenakan ke syarikat penerbangan di seluruh dunia yang menjual tiket jarak pendek yang bersaing dengan Ryanair.

Bellew meninggalkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines dua tahun lalu untuk kembali ke Ryanair, yang mana beliau dilantik Pengarah Operasi sebelum meninggalkannya pada tahun 2014. – MalaysiaGazette