KAHERAH – Sekurang-kurangnya enam orang pelancong warga India, Malaysia dan China terbunuh dan 24 lagi cedera dalam kemalangan di jalan Sokhna-Zaafrana, kata sumber perubatan.

Kemalangan maut itu berlaku selepas dua jam kemalangan yang membabitkan dua buah bas pelancongan, sebuah lori dan sebuah kereta di sebatang jalan di Laut Merah, lapor ahram online.

Sumber berkata, mereka yang maut dan cedera adalah pelancong warga China, Malaysia dan India yang berada dalam bas persiaran yang menuju ke pusat pelancongan Ain Sokhna.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Health Insurance di Suez.

Mesir mempunyai sejarah kemalangan bas dan kereta yang serius kerana memandu secara laju, cuai dalam pemanduan, keadaan jalan yang teruk selain penguatkuasaan undang-undang trafik yang lemah.

Statistik rasmi menunjuukkan 8,000 kemalangan jalan raya berlaku pada tahun lalu menyebabkan 3,000 mati dan kira-kira 12,000 orang cedera. – Agensi