KUALA LUMPUR – Soalan peperiksaan Kursus Hubungan Etnik (UUW 235) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merupakan satu usaha baik universiti itu untuk menyedarkan rakyat agar menghormati undang-undang negara.
Anggota Exco Pergerakan Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Afzal Sherman Zainal Abidin berpendapat, soalan yang menggambarkan penceramah antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ikon dalam dunia Islam adalah sesuai dengan keadaan semasa hari ini.
Kata beliau, soalan itu juga tidak ada kena mengena dengan isu perkauman, bahkan sebagai rakyat Malaysia, mereka harus celik, mengambil tahu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama dan kaum.
“Kita berpendapat, soalan itu berdasarkan dari isu berbangkit yang berlaku dalam negara dan tidak ada kena mengena sama sekali dengan perkauman.
“Sebagai rakyat, kita harus celik dan ambil tahu, selain kena saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama,” katanya menjawab kritikan Naib Presiden MIC, C. Sivarraajh berhubung soalan peperiksaan UniMAP itu.
Dalam kenyataannya, Sivarraajh dilaporkan berkata, beliau kurang faham kenapa soalan yang tidak menghormati sensitiviti kaum dikeluarkan sebagai soalan dalam peperiksaan subjek yang patut membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap pelbagai kaum dan agama berbeza.
Menurut Afzal Sherman, rakyat seharusnya mengambil tahu fahaman dan budaya pelbagai kaum dan etnik yang hidup berbilang kaum di negara ini kerana dengan kefahaman itu mereka dapat menikmati keharmonian dan saling bertoleransi.
Begitu juga katanya, pihak melenting tanpa usul periksa akan menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi yang bercanggah dengan ideologi dipegang.
“Apabila sensitiviti individu tersentuh tanpa kefahaman dan usul periksa, akan ada luahan pendapat yang bercanggah dan tidak boleh diterima oleh akal,” katanya. – MalaysiaGazette

















Lagi orang yang tidak pernah sama sekali mengambil tahu secara mendalam dengan kefahaman yang sebenar faham tentu tidak dapat menerima. Buat pertama kali hendak menjadi wira kononnya terpanggil hendak menjadi pembela bangsa diorang maka inilah jadinya. Apa yang dia tahu apa yang dia tidak puas hati. Orang lain punya tak puas hati dia orang tak fikir. Jadi mau gaduk ka tamby