Kapal tangki Happy Lady

ATHENS – Lapan orang telah diculik dan seorang lagi cedera semasa serbuan bersenjata dalam sebuah kapal tangki berdaftar di Greece yang berlabuh di Cameroon.

Mereka yang diculik terdiri daripada lima rakyat Greece dan dua warga Filipina dan seorang Ukraine.

Kementerian Perkapalan Greece berkata, kapal tangki ‘Happy Lady’ berada pada kedudukan dua batu nautika dari pelabuhan Limboh di Cameroon apabila ia diserang oleh individu yang bersenjata.

Seorang warga Greek cedera, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kapal tangki itu mempunyai 28 anak kapal. – MalaysiaGazette