Jakarta banjir besar selepas hujan lebat. foto Agensi

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam banjir besar yang melanda di ibu negara Indonesia dalam tempoh 24 tahun.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) mendapati sebanyak 377 milimeter hujan dalam sehari di lapangan terbang di Jakarta Timur.

Jumlah hujan itu adalah paling banyak sekurang-kurangnya sejak 1996.

“Hujan yang jatuh pada malam Tahun Baru … bukan hujan biasa,” kata agensi itu.

Agensi itu berkata, hujan itu disebabkan oleh beberapa faktor termasuk musim tengkujuh dan juga sejumlah besar wap air di udara yang mempengaruhi pembentukan awan di Pulau Jawa.

Hujan lebat dijangka berterusan sehingga hujung minggu.

Di Jakarta Timur, hujan direkodkan sebanyak 335mm, sementara di Bekasi 259mm

Hujan yang turun melepasi 50mm sehari dianggap melampau, kata agensi itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast