Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pas mengecam insiden ‘keganasan antarabangsa’ Amerika Syarikat (AS) yang melampaui batas dengan melakukan serangan ke atas Baghdad hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu turut mengecam campurtangan AS dalam urusan dalaman di Timur Tengah yang boleh meningkatkan ketegangan di rantau tersebut.

“Pas merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al-Marhum Jeneral Qassem Suleimani yang terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh pihak Amerika Syarikat di Baghdad, pagi ini.

“Semoga roh Al-Marhum Jeneral Qassem Soleimani ditempatkan di kalangan para syuhada dan hamba-Nya yang soleh.,” katanya dalam kenyataan.

Pada serangan itu, Jeneral tentera Revolusi Iran, Qassem Soleimani terbunuh.

Jeneral tentera Iran terbunuh dalam serangan AS di Baghdad

.