Tan Sri Musa Hassan
Musa Hassan

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak menolak kemungkinan wujud rasa kurang senang segilintir pemimpin politik terhadap kenyataan Raja Permaisuri Agong disebabkan mereka tidak boleh menerima teguran.

Musa juga mempersoalkan kritikan sesetengah pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang beranggapan teguran pihak Istana itu sebagai mencampuri urusan politik sedangkan hak bersuara dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Ada yang tak setuju bila DYMM Permaisuri Agong membuat kenyataan, dianggap mencampuri urusan politik.

“Adakah pertanyaan ini mencampuri urusan politik? Nampak sangat orang politik tidak boleh ditegur. Perjuangan Hak Kebebasan Bersuara hanya untuk ahli politik dan kuncu-kuncu mereka,” katanya ketika menciap di Twitter miliknya, hari ini.

Semalam, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Mahmud Iskandariah menerusi laman Twitter miliknya membicarakan mengenai tulisan Jawi.

Menerusi satu ciapan yang dikongsikan oleh Tunku Azizah, tulisan Jawi telah menggegarkan negara kerana dikatakan semua takut kepadanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Betul tu tan sri mereka seolah2 besar kepala yg mereka lebih berkuasa.mereka lupa rakyat boleh buang mereka jika tidak mahu menteri2 kangkong yg suka memecah belah kan perpaduan kaum dan melaga lagakan kaum.kaduk dah naik junjung tu.

  2. Institusi tertinggi tak boleh kritik terutama kerajaan yg memerintah. Supaya institusi berkenaan dihormati dan disanjung tinggi.

Comments are closed.