Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

KUALA LUMPUR – Malang tidak berbau bagi seorang buruh binaan warga asing yang datang mencari rezeki di negara ini apabila maut dalam kemalangan jalan raya semalam.

Mangsa yang berasal daripada Indonesia telah dikenalpasti identitinya sebagai Marsuki berusia 41 tahun menetap di Taman Intan di Selangor itu mati di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, kejadian berlaku pukul 4 petang semalam.

Katanya semasa kejadian di Jalan Sungai Besi perlanggaran itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu motosikal dan kenderaan berat lori pembancuh simen.
.
“Hasil siasatan awal dapati kemalangan berlaku apabila lori simen jenis Howo berwarna putih hijau yang sedang bergerak terus di lorong paling kanan dari arah Bulatan Pudu menghala ke Jalan Loke Yew.

“Apabila sampai tempat kejadian, lori berkenaan telah dilanggar pada bahagian sisi kiri dari belakang oleh sebuah motosikal yang dipandu mangsa yang sedang bergerak di laluan yang sama.

“Perlanggaran itu mengakibatkan penunggangnya, Marsuki yang merupakan pekerja kawasan pembinaan telah tercampak di bawah tayar belakang sisi kiri kenderaan berat dan telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pemandu lori simen dikenalpasti sebagai Muhammad Ismail, 34, tahun dan berasal dari Kampung Belimbing, Tanah Merah Kelantan.

Tambah beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

“Siasatan insiden kemalangan ini diteruskan dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya lagi.

Pegawai penyiasat kes di lokasi kejadian adalah Inspektor Vigneswara Mahendaraj.- MalaysiaGazette