Kamera litar tertutup (CCTV) apartment itu merakam kelibat seorang lelaki sedang memecahkan tabung surau itu pada 5 pagi.

PUTRAJAYA – Seorang lelaki memecah tabung sumbangan Surau Apartment Pudina Presint 17 di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata polis menerima laporan kejadian itu kira-kira 9.48 pagi tadi daripada seorang ahli jawatankuasa keselamatan surau itu mengenai dua tabung sumbangan yang diletakkan di luar surau telah dipecahkan

Beliau berkata kamera litar tertutup (CCTV) apartment itu merakam kelibat seorang lelaki sedang memecahkan tabung surau itu pada 5 pagi.

“Rakaman CCTV itu akan di hantar ke forensik untuk di analisa,” katanya.

Beliau berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

— BERNAMA

2 Komen

  1. Anggap aje laa sedekah…cuma kena buat pantauan yg lebih agar perkara sebegini tidak berlaku lagi….

Comments are closed.