TERKINI : Ops Blue Devils Banteras “Pegawai Polis Terlibat Dadah – Khalil Kader

KUALA LUMPUR – Awas kepada penjawat awam termasuk anggota polis serta yang terlibat aktiviti jenayah berkaitan dadah di negara ini.

Ini kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Operasi Leberopurus atau Sapu Bersih melibatkan penjawat awam dan operasi Blue Devils yang memfokuskan kepada pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam aktiviti dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, Ops Sapu Bersih akan dilancarkan dalam masa terdekat.