The Japan Meteorological Agency (JMA) upgraded Friday's quake to a 6.7 magnitude and warned that tsunami waves of up to one metre (three feet) could hit the northern Pacific coastline.

JAKARTA – Gempa bumi dengan 6.2 magnitud melanda barat daya wilayah Aceh di pulau Sumatera, pada kedalaman 20.3 km (12.6 batu), kata Kajian Geologikal Amerika Syarikat USGS).

Di Twitter, agensi meteorologi dan geofizik Indonesia memaklumkan magnitud gempa adalah pada 6.4 dengan kedalaman 13 km (8 batu), sambil menambah bahawa ia tidak mempunyai potensi untuk mencetuskan tsunami.

Tidak ada laporan kerosakan atau kecederaan, kata pihak berkuasa dan penduduk.

“Orang ramai panik dan berlari keluar bagunan,” kata Maimun, seorang pegawai yang terlibat dalam bencana alam.

Setakat ini tiada laporan kerosakan dan kematian dilaporkan.

Indonesia, yang terletak di atas ‘Ring of Fire‘ yang aktif secara seismik, sering mengalami gempa bumi dan tsunami.

Pada September 2018, Palu, di Pulau Sulawesi, telah hancur dilanda gempa bumi 7.5 magnitud dan tsunami yang kuat membunuh lebih daripada 4,000 orang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast