TOKYO – Pendakwaraya Tokyo mengeluarkan waran tangkap terhadap isteri bekas Pengerusi Nissan, Carlos Ghosn kerana disyaki berbohong.

Langkah terhadap Carole Ghosn, yang tidak berada di Jepun, diambil susulan penerbangan yang dilakukan suaminya untuk melarikan diri ke Lubnan selepas beliau melanggar ikat jamin ketika menunggu perbicaraan kerana didakwa melakukan kesalahan kewangan.

Perincian mengenai dakwaan yang dikenakan terhadap Carole tidak diperolehi.

Para pegawai Jepun berkata, sesiapa yang didapati membantu orang yang diburu melepaskan diri akan berhadapan dengan tindakan undang-undang, lapor AP.

Carole dihalang berjumpa suaminya ketika beliau diikat jamin kerana wanita tersebut dilihat sebagai seseorang yang mungkin dapat membantunya melarikan diri.

Lubnan dan Jepun tidak mempunyai perjanjian ekstradisi. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast