Ketua Team Hollywood-Provezza, Ray Roberts bersama pasukannya meraikan kejuaraan selepas beraksi dalam acara kelas Racing pada hari kelima Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 12 JANUARI 2019

LANGKAWI – Juara bertahan, Team Hollywood tersentak apabila kemenangan mereka pada perlumbaan pertama menerusi kelas Racing dibatalkan pada Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) Belt & Road di sini hari ini.

Namun pasukan dari Australia yang diterajui jurumudi Ray Roberts tidak berdepan masalah besar untuk bangkit pada perlumbaan kedua dan ketiga untuk menduduki tempat ketiga keseluruhan.

Team Hollywood yang mengungguli tempat pertama pada perlumbaan pertama terpaksa menerima hakikat keputusan juri selepas protes yang dibuat oleh pasukan THA72.

Keputusan itu membolehkan pasukan dari Thailand meraih tempat kedua sementara pasukan effieConnect bermula cemerlang di tempat pertama selepas tiga perlumbaan.

Ketua Team Hollywood-Provezza, Ray Roberts menunjukkan trofil selepas meraikan kejuaraan dalam acara kelas Racing pada hari kelima Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 12 JANUARI 2019

Sementara itu, pasukan negara iaitu Zuhal berpuas hati di tempat kelima di belakang pasukan Windsikher dari Singapura.

Bagi satu lagi pasukan Malaysia yang pertama kali beraksi, MY Gadis menduduki tempat terakhir dalam perlumbaan kelas Sports Boat dalam kalangan empat pasukan yang bertanding.

Pasukan yang diwakili semua wanita menunjukkan komitmen yang bagi membalas jasa Tentera Laut Diraja Malaysia yang menaja bot untuk mereka.

Bagi kelas IRC1, pasukan negara Mata Hari KL Registry menerusi jurumudi, Vincent Chan terpaksa berpuas hati di tempat kedua dalam kalangan empat pasukan di belakang pasukan Char Chan dari Jepun. – MalaysiaGazette