Malaysia Airlines menerima 11 kelulusan ATR.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines tidak akan menggunakan ruang udara Iran bagi penerbangan ke atau dari London, Jeddah dan Madinah ekoran ketegangan di rantau itu.

Syarikat penerbangan itu berkata, ia akan melakukan pemantauan aktif melalui Sistem Pemantauan Penerbangan dan dipandu oleh pelbagai penilaian termasuk laporan keselamatan global dan NOTAM (Notice to Airmen) oleh pihak berkuasa kawalan udara masing-masing.

Semua pesawat Malaysia Airlines dilengkapi dengan komunikasi satelit (SATCOM) untuk komunikasi segera dengan pesawat untuk maklumat dan tindakan kritikal seperti laluan semula.

“Keselamatan penumpang adalah sangat penting bagi Malaysia Airlines,” katanya Malaysia Airlines.

Iran telah melancarkan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq awal hari ini, beberapa jam selepas pengebumian komander tertinggi Iran, Qassem Soleimani yang diserang menggunakan dron di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Jumaat lalu. – MalaysiaGazette