Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan, sekiranya beliau gagal membangunkan Sabah ketika menjadi menteri pusat, ini bermakna Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein juga gagal sebagai menteri luar bandar.

Beliau berkata, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga boleh dikatakan gagal apabila gagal menyelesaikan masalah air dalam penempatan orang asli dalam Parlimen Raub.