LANGKAWI – Juara bertahan, Team Hollywood tersentak apabila kemenangan mereka pada perlumbaan pertama menerusi kelas Racing dibatalkan pada Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) Belt & Road di sini hari ini.

Team Hollywood yang mengungguli tempat pertama pada perlumbaan pertama terpaksa menerima hakikat keputusan juri selepas protes yang dibuat oleh pasukan THA72.

Keputusan itu membolehkan pasukan dari Thailand meraih tempat kedua sementara pasukan effieConnect bermula cemerlang di tempat pertama selepas tiga perlumbaan.