tommy AIAC
Tommy Thomas

KUALA LUMPUR – Akhirnya Jabatan Peguam Negara memutuskan tidak akan mendakwa mana-mana pihak dalam kes video seks sejenis yang dikaitkan dengan seorang menteri dan individu bernama Haziq Abdul Aziz.

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkata, hasil siasatan pihaknya dan Polis Diraja Malaysia mendapati walaupun video-video tersebut tulen, pengecaman wajah tidak dapat dipastikan kerana resolusi rakaman video yang rendah.

Katanya, selepas menyemak keterangan yang dikumpul dan dikemukakan polis, timbalan pendakwa raya sebulat suara mengesyorkan kepadanya tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung kes itu.

“Saya menerima syor tersebut dan membuat keputusan tidak mendakwa mana-mana pihak. Selaras amalan biasa, penyiasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baru diperolehi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tommy,  video-video tersebut telah dihantar untuk menentukan ketulenan (authenticity) dan pengecaman wajah (face recognition) di dalam dan luar negara.

Baca: Gambar dan video intim lelaki mirip seorang menteri tersebar

Katanya, penyataan-penyataan saksi jang telah direkod oleh pihak polis, keterangan dokumentari yang dikumpulkan dan analisa forensik merupakan sebahagian daripada kertas Siasatan yang telah dirujuk kepada pihaknya untuk keputusan.

“Cybersecurity Malaysia telah membuat kesimpulan walaupun video-video tersebut adalah tulen, pengecaman wajah tidak dapat dipastikan kerana resolusi rakaman video yang rendah yang mana analisis telah dijalankan,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Peguam Negara itu, disebabkan oleh dapatan yang tidak konklusif, PDRM telah menghantar video tersebut untuk dianalisa secara bebas oleh pakar forensik di Amerika Syarikat pada Disember lalu.

Katanya, laporan yang bebas itu mengesahkan dapatan Cyber Security antara lain ‘kegagalan untuk mengenal pasti individu-individu di dalam video yang tular itu disebabkan oleh resolusi yang rendah dan kualiti video dan rangka (frames)video yang sedikit untuk memboleh suspek dilihat dengan jelas.

Menurut Tommy, sejak 13 Jun 2019 pihak dan PDRM telah bekerja secara bersama dalam meneliti kertas siasatan berkaitan dengan video seks itu dan segala protokol telah diikuti.

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 377B dan 377D Kanun Keseksaan ekoran beberapa laporan polis yang dibuat oleh individu berbeza mengenai video seks itu.

“Ramai saksi telah ditemubual oleh PDRM untuk memastikan fakta berhubung dengan video, terdapat tangkapan dan reman beberapa saksi berkaitan dengan penyiasatan,” katanya.

Pada 11 Jun lalu, tular beberapa keping gambar dan video ‘intim’ mirip seorang menteri  bersama seorang lelaki yang kemudian tampil mengaku beliau adalah individu dalam video tersebut. – MalaysiaGazette

Haziq mengaku dirinya dalam video tular

5 Komen

  1. Gambar tak jelas tak boleh cam so tak boleh dakwa ye…
    Kalau suara tak de gambar boleh dakwa tak Tommy?
    Saje je tanya Tommy 🙂

    • Win soalan tuan ni…habis tu yg si Haziq dah mengaku dia yg berjuboq tu; Si Haziq pun lepas juga?? kahbkah lawak undang2 kangaroo!

  2. Bila tesiar je cerita ni dah tahu apa keputusan nya.buat lah kat dunia ni lepas le .terserlah lah law of jungle ph

Comments are closed.