Aksi pasukan Hollywood dari Australia semasa dalam perlumbaan pada hari ketiga Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 18 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto AFFAN FAUZI, 09 JANUARI 2020

LANGKAWI – Pasukan Team Hollywood mula terbayang kejuaraan apabila terus mendahului pada hari ketiga Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) Belt & Road di sini hari ini.

Beraksi dengan hanya satu perlawanan mengelilingi pulau, pasukan dikemudi Ray Roberts itu tidak menoleh ke belakang apabila terus mengungguli perlumbaan keenam meninggalkan empat pasukan lain..

Kemenangan pasukan dari Australia menyaksikan pesaing rapat dari Thailand, THA72 terus berputih mata mencari kemenangan dalam perlumbaan pertama mereka dalam kelas Racing itu.

THA72 yang dikemudi Don Whitcraft menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan keseluruhan 3 jam 3 minit dan 8 saat manakala Team Hollywood unggul memenangi saingan dengan masa 3:22:29s.

Aksi pasukan Hollywood dari Australia sdalam perlumbaan pada hari ketiga Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 18 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto AFFAN FAUZI, 09 JANUARI 2020

Pendahulu hari pertama, pasukan effieConnect dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Zuhal masing-masing kekal di tempat keempat dan terakhir daripada lima pasukan bertanding.

Bagi kelas IRC1, pasukan negara Mata Hari KL Registry menerusi jurumudi, Vincent Chan turut terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dalam kalangan empat pasukan yang diungguli pasukan Meraki dari Singapura.

Kelas IRC2 menyaksikan pasukan Phoenix dari Jepundan Beihai Zhufen Sailing Team dari China mengungguli tempat pertama dan kedua.

Dalam pada itu, dalam aksi kelas SportsBoats pasukan Malaysia, MSA-MSN kekal berkuasa dalam kalangan empat pasukan yang beraksi.

Kelas Multihull pula dimenangi pasukan Fetz Ma di tempat kedua menerusi jurumudi, Gerhad Pils meninggalkan pasukan Allegro menerusi jurumudi, Bob McIntyre di tempat kedua. – MalaysiaGazette

Aksi pasukan Hollywood dari Australia semasa perlumbaan pada hari ketiga Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 18 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto AFFAN FAUZI, 09 JANUARI 2020