TERKINI : Najib akan Fail Permohonan Mahkamah Dapatkan “RAKAMAN AUDIO SPRM”!!

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membuat permohonan mendapatkan rakaman klip audio yang didakwa perbualan beliau dengan beberapa individu berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Kedua-dua kes yang disebut itu kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejak tahun lepas. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pembelaan Najib hari ini ketika bermulanya prosiding pembelaan SRC International memberitahu, pihaknya akan memfailkan permohonan mendapatkan rakaman tersebut.

Muhammad Shafee yang bangkit bangun memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat pendedahan audio berkait dengan kedua-kes berprofil tinggi yang boleh membantu anak guamnya.