TERKINI : Promosi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 Sudah Dibuat Sejak 3 Tahun Lalu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya menafikan bahawa promosi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 hambar dan tidak seperti sebelum ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Musa Yusof berkata, pihaknya telah membuat promosi itu di luar negara sejak tiga tahun yang lalu.