Tan Sri Abu Kassim Mohamed

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fairfax Group, Michael Hershman mengakui beliau mengatur pertemuan antara Tan Sri Abu Kassim Mohamed dengan pegawai Pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) di New York pada 2015.

Beliau berbuat demikian apabila bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu meminta bantuannya bagi membolehkan kes 1MDB disiasat di luar Malaysia.

“Dia meminta saya menyerahkan dokumen kepada pihak pendakwa raya AS di pejabat Peguam Negara AS di New York dan mengatur pertemuan sulit dengan pejabat Peguam Negara AS,” katanya yang ditemu bual Al-Jazeera.

Hershman yang mengenai Abu Kassim kerana pernah bekerjasama dalam anti rasuah Interpol berkata, ketika itu bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berada di bawah pengawasan dan diberi tekanan melepaskan jawatan.

Menurutnya, pada 2015 Abu Kassim yang menerajui SPRM telah melakukan ssiasatan terhadap Perdana Menteri ketika itu, Datuk Datuk Seri Najib Razak kerana pembersihan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

Katanya, Abu Kassim menemui Peguam Negara ketika itu dan memberitahunya bahawa Najib merupakan sasaran suasatan beliau.

Berikutan itu, kata Hershman, Peguam Negara yang berhadapan dengan Najib kemudiannya dibuang.

Sementara itu, Hershman berkata, pada 2015 beliau telah menyarankan kepada Najib mengakui apa yang telah dilakuinya dan memohon maaf.

Namun tambah beliau, belas Perdana Menteri itu memilih laluan yang berbeza dan mengambil keputusan untuk menyembunyikan perkara itu. – MalaysiaGazette