LANGKAWI – Pasukan Team Hollywood boleh bersiap sedia untuk meraikan kejayaan pada Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) Belt & Road apabila memenangi tiga perlumbaan hari keempat di sini hari ini.

Pasukan dari Australia bagaikan tidak dicabar apabila terus mendahulu dalam kelas Racing meninggal jauh pasukan lawan.
Menerusi jurumudi Ray Roberts, prestasi Team Hollywood itu membuat pasukan effieConnect berada di tangga kedua selepas mengenepikan THA72 di tempat ketiga.

Effieconnect dari Beland aitu cemerlang pada hari pertama namun kekal di tempat ketiga pada hari kedua dan semalam.

THA72 pula terus terkial-kial untuk mata mencari kemenangan dalam perlumbaan pertama mereka dalam kelas Racing itu.