TERKINI : Selatan Thailand Terus Bergolak Jika Suara Generasi Muda Diketepikan

PATTANI – Wilayah di selatan Thailand akan terus bergolak jika pihak-pihak yang berjuang untuk perdamaian terdiri daripada barisan generasi terdahulu.

Ini kerana, mereka tidak akan memahami apa yang dimahukan oleh generasi pada hari ini, menjadikan hasrat untuk melihat tiga wilayah di negara tersebut kembali aman seperti sediakala hanya satu impian.

Pandangan itu dilontarkan aktivis muda daripada sebuah badan NGO, Sulaiman Chealae apabila menyifatkan generasi terdahulu sebagai sangat beriya-iya hingga hak generasi muda cuba dinafikan.

Katanya, rundingan yang dibuat oleh kedua-dua pihak untuk merintis perdamaian pada ketika ini dibuat oleh generasi lama sedangkan golongan yang sepatutnya mendapat manfaat adalah anak-anak muda.