TERKINI : Syukur!! Sebulat Suara Tiada Kes Terhadap Saya – Azmin Ali

GOMBAK – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan beliau secara peribadi dari awal lagi yakin kebenaran berpihak kepadanya.

Sambil mengucapkan rasa syukur dengan pengumuman Peguam Negara katanya, beliau dan keluarga telah melalui satu tempoh yang panjang pemfitnahan pihak tertentu.

“Kita sebagai umat Islam, hamba Allah bila ada berita gembira, kita menyatakan rasa syukur kepada Allah, dan saya secara peribadi dan keluarga juga merasa amat gembiran serta syukur di atas pengumuman Peguam Negara baru-baru ini.

“Sudah tentulah saya melalui satu tempoh yang agak panjang melalui ujian yang getir ini, tetapi Alhamdulillah, saya yakin dari awal lagi bahawa ini adalah satu percaturan politik yang amat kejam dan tidak baik bagi negara.