Tiga kelasi maut selepas kejadian tembakan oleh pelatih tentera Arab Saudi pada Disember tahun lalu. foto Agensi

WASHINGTON – Lebih 12 orang pelatih tentera Arab Saudi yang berlatih di pangkalan tentera Amerika Syarikat akan diusir dari negara ini selepas kajian kejadian tembakan pada 6 Disember lalu.

Dalam kejadian itu, pegawai tentera udara Arab Saudi telah menembak mati tiga kelasi Amerika Syarikat.

Mereka yang diusir tidak akan didakwa membantu suspek yang membunuh, lapor CNN yang memetik beberapa sumber.

Pada 10 Disember lalu, Pentagon telah menangguhkan operasi latihan semua pelatih tentera Arab Saudi di negara ini susulan kejadian itu.

Pentagon kemudian mengumumkan pada 19 Disember ia mendapati tiada ancaman dalam penilaian yang dilakukan ke atas kira-kira 850 orang pelatih tentera dari Arab Saudi.

Biro Siasatan Persekutuan berkata, penyiasat-penyiasat Amerika Syarikat percaya suspek, Leftenan Mohammed Saeed Alshamrani, 21, bertindak seorang dalam insiden berkenaan sebelum dia tembak mati. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast