Keadaan di lokasi pesawat Ukraine terhempas d Tehran yang mengorbankan 176 orang penumpang pada 8 Januari 2020. foto Agensi

MISSISSAUGA, Kanada – Ketua Pegawai Eksekutif Maple Leaf Foods Inc (MLF), Michael McCain, mengkritik kerajaan Amerika Syarikat (AS) kerana meningkatkan ketegangan di Timur Tengah selepas sebuah peluru berpandu Iran secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah pesawat penumpang Ukraine menyebabkan 176 orang terbunuh, termasuk keluarga kakitangannya.

“Seorang rakan sekerja MLF kehilangan isteri dan keluarga pada minggu ini yang tidak sepatutnya berlaku, beberapa siri peristiwa yang tidak bertanggungjawab di Iran.

“Pemimpin kerajaan AS tidak melakukan periksa/imbang, menempa satu rancangan yang tidak baik untuk mengalihkan fokus daripada kesengsaraan politik,” kata McCain pada akaun twitter syarikat itu.

“Dunia tahu Iran adalah berbahaya tetapi dunia mendapati satu laluan untuk menahannya, tidak sempurna tetapi ia adalah laluan yang betul,” katanya beliau seperti dipetik Reuters.

Pada Sabtu lalu, Iran mengaku ia secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah pesawat yang dinaiki 57 warga Kanada, kebanyakan penumpang yang maut adalah warga Iran.

Iran berkata, pertahanan udaranya telah tersilap melepaskan tembakan ketika berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas negara itu melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sasaran AS di Iraq. – Agensi