Sebanyak 42 kes baharu keracunan makanan (KRM) yang disyaki berpunca daripada memakan laksa yang dibeli di premis di Kupang, Baling telah direkodkan sehingga kini. - KP Kesihata, Datuk Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR- Ujian sampel klinikal mendapati kematian Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, semalam bukan disebabkan oleh jangkitan influenza.

Perkara tersebut disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang turut memaklumkan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak berusia tujuh tahun itu.

Nur Dinie meninggal jam 10.48 malam semalam akibat kegagalan buah pinggang dan hati selepas disyaki dijangkiti virus influenza.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menurut Dr. Noor Hisham mengambil maklum terhadap laporan media berhubung kematian seorang kanak-kanak kelainan upaya, Faiz Fauzan Pauzul Kamil di Subang Jaya, Selangor minggu lepas.

Siasatan bagi mengetahui punca kematian kanak-kanak berusia 12 tahun itu masih dijalankan.

Beliau turut mengumumkan bilangan wabak influenza-like-illness (ILI) menunjukkan peningkatan sejak minggu akhir Disember 2019 tetapi masih terkawal.

“Peningkatan ini dikesan di negeri Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Selangor, Perak, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak. Bilangan wabak ILI juga menunjukkan peningkatan, namun kejadian-kejadian wabak tersebut adalah dalam keadaan terkawal.

“Survelan influenza makmal yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh juga menunjukkan peningkatan trend aktiviti virus influenza dalam persekitaran.

“Tiada sebarang kelainan atau perubahan/mutasi pada virus influenza yang menular pada ketika ini.

“Aktiviti influenza ini juga adalah sama seperti aktiviti influenza yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di negara-negara tropika yang lain dalam Rantau Asia Tenggara, Asia Selatan, Amerika Tengah dan Amerika Selatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Noor Hisham menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan antaranya kerap membasuh tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer; mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi; mengamalkan adab batuk / bersin yang baik; tidak bergaul dengan orang yang bergejala flu; dan sentiasa mengamalkan cara hidup sihat.- MalaysiaGazette

Nur Dinie meninggal dunia

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.