Michael McCain. foto AGensi

OTTAWA – Seorang ahli perniagaan terkemuka Kanada mengecam Presiden Donald Trump berhubung nahas pesawat Ukraine International Airlines yang ditembak Iran minggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Leaf Foods Leaf, Michael McCain berkata, isteri dan anak lelaki sahabatnynya adalah antara 57 warga Kanada yang maut dalam tragedi tersebut.

Tanpa menamakan Trump, McCain berkata, “seorang narcissisme di Washington” akhirnya mengakibatkan tragedi tersebut.

Menerusi akaun Twitter syarikatnya, beliau meluahkan rasa dengan menyatakan pemimpin-pemimpin kerajaan Amerika Syarikat tanpa had dalam periksa dan imbang, merancang untuk mengalihkan fokus daripada permasalahan politik.

Beliau turut menyatakan Trump telah menghuru-harakan rantau itu, sedangkan seluruh dunia tahu Iran adalah sebuah negara yang bahaya.

Tegasnya, Amerika Syarikat sudah tidak mendapat tempat di mana-mana termasuk di Iraq.

McCain yang mempunyai lebih daripada 11,000 orang kakitangan berkata, kematian ahli keluarga rakannya itu adalah “kerosakan terhadap tingkah laku yang tidak bertanggungjawab, berbahaya dan tidak berperikemanusiaan”.

Dia juga mengkritik usaha AS untuk membatalkan Perjanjian Nuklear 2015 antara kuasa dunia dan Iran.

Seorang jurucakap syarikat mengesahkan tweet dari Encik McCain, memberitahu media Kanada bahawa tragedi tersebut “menjamin responnya”.

Sabtu lalu, Iran mengakui telah melepaskan tembakan ke atas pesawat Ukraine tanpa sengaja.

Tembakan itu dilepaskan beberapa jam selepas Iran melepaskan peluru berpandu terhadap dua pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq sebagai membalas dendam serangan udara dron oleh Washington yang telah mengorbankan Qassem Soleimani.

Soleimani adalah ketua tentera Iran, juga individu kedua paling berpengaruh di negara tersebut. – MalaysiaGazette