Muhammad Yusoff Rawther berjalan keluar selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 DISEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Peguam Cara Negara, Datuk Tengku Nor Faiza Engku Atek berkata, pihaknya bersetuju dengan saranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya dakwaan kes serangan mencabul kehormatan yang dibuat Muhammad Yusoff Rawther terhadap seorang ahli politik ditutup.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas kajian secara berhati-hati terhadap semua keterangan yang diterima dalam Kertas Siasatan yang diterima daripada PDRM.

“Kami mendapati terdapat percanggahan-percanggahan fakta yang material yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaaan mana-mana orang di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan, atau mana-mana seksyen lain di bawah kanun yang sama.

“Kami juga mendapati tidak terdapat cukup keterangan untuk membuat pertuduhan mengenai laporan-laporan polis yang dibuat  berdasarkan keterangan-keterangan yang ada dalam Kertas Siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Yusoff pada 4 Disember lalu telah mengadakan sidang media mendakwa beliau telah diserang secara seksual oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kejadian di sebuah kediaman pada 2 Oktober 2018.

Sehari selepas itu Setiausaha Sulit Anwar, Shukri Saad membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wang mendakwa fitnah tersebut direka melibatkan pemimpin tertinggi PKR.

Yusoff kemudian tampil membuat laporan polis pada 7 Disember dan turut melampirkan akuan berkanun yang menamakan Anwar sebagai individu yang melakukan serangan seksual itu.

Menjelaskan lebih lanjut, Tengku Faiza berkata, berdasar kedua-dua laporan polis itu PDRM telah menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengumpul keterangan untuk menentukan sama ada terdapat kesalahan yang dilakukan di bawah Kanun Keseksaan.

Katanya, sejak awal lagi Peguam Negara telah menarik diri daripada membuat sebarang pertimbangan dalam kes tersebut kerana hubungan beliau dengan ahli politik berkenaan sejak 1990an lagi.

“Ini adalah selaras dengan kenyataan media bersama bertarikh 2 Ogos 2018 yang saya keluarkan dengan mantan Peguam Cara Negara II berhububg peranan Peguam Negara dalam perkara yang mengenainya, beliau mungkin terlibat sebelum ii.

“Oleh yang demikian, satu pasukan Timbala Pedakwa Raya di bawah pengawasan saya telah diamanahkan untuk mengkaji keterangan dan selanjutnya membuat keputusan mengenainya,” katanya. –  MalaysiaGazette

 

3 Komen

  1. Adakah bermakna intipati Seluar Dalam (SD) Yusoff sesuatu yang tidak wujud, direka2 atau dibuat2?

    Atau adakah ianya hanya suatu plot konspirasi politik?

    Ramai yang nak tahu?

  2. kah kah kah..seperti yg di jangka..rakyat dah tak percaya 3 agensi ni..sprm, IGP dan Pej Peguam Negara..peguam cara tak payah nak kata lah konon Tommy Thomas tak terlibat maka telus..hakikatnya engkau tu org bawahan si Tommy tu jer..

  3. Kes Depak nak saman Najib boleh pula sampai ke mahkamah walaupun bukti tidak cukup, dan mahkamah memutuskan Depak yang kena bayar denda, kenapa kes ini tidak dibawa ke mahkamah dahulu, kalau Yisof todak mampu menyediakan bukti yang cukup, biar Yusof yang kena bayar denda.

Comments are closed.