Datuk Ahmad Yakob

KUALA lUMPUR – Dakwaan mengaitkan kerajaan Kelantan menggunakan peruntukan khas kerajaan pusat untuk membeli kenderaan mewah satu fitnah yang berniat jahat.

Dalam satu kenyataan Pejabat Menteri Besar Kelantan, ia tidak ada kena mengena dengan peruntukan RM400 juta yang diterima kerajaan negeri itu.

Kerajaan negeri, kata kenyataan itu telah mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan rasmi bagi kegunaan Menteri Besar dan Exco Negeri secara berperingkat setelah membuat penelitian mengenai kenderaan lama yang telah digunakan sejak 10 hingga 12 tahun yang lalu

“Kenderaan rasmi Menteri Besar dengan nombor pendaftaran DV 1 adalah kenderaan yang digunakan sejak pentadbiran Menteri Besar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan kurniaan KDYMM Tuanku Al Sultan Kelantan,” ujarnya kenyataan yang sama malam ini.

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan yang digunakan sejak lebih 10 tahun itu dengan mengekalkan nombor pendaftaran asal iaitu DV 1 di Kenderaan Rasmi Baharu Menteri Besar Kelantan yang mana telah mendapat perkenan Sultan Kelantan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

MB Kelantan beli Mercedes guna wang hasil petroleum?