Kereta Mercedes Benz baharu yang dikatakan milik Menteri Besar Kelantan.-pix FB

KUALA LUMPUR – Datuk Husam Musa mahu penjelasan mengenai kereta Mercedes Benz baharu yang dikatakan milik Menteri Besar Kelantan.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan bertaraf senator itu mempersoalkan adakah pembelian kereta mewah bernombor DV 1 itu menggunakan wang bayaran tunai petroleum yang disalurkan oleh kerajaan pusat sebelum ini.

“Kita nak tahu kerajaan negeri Kelantan beli kereta Mercedes baru untuk kegunaan menteri besar itu daripada sumber kewangan mana?

“Adakah daripada hasil wang bayaran hasil petroleum?” soalnya semasa dalam satu temubual seperti dipetik dari Malaysiakini hari ini.

Sebelum itu Kelantan menerima bantuan one-off berjumlah RM400 juta daripada kerajaan persekutuan pada 25 Disember tahun lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata peruntukan itu akan digunakan untuk meningkatkan sosio-ekonomi, kesejahteraan rakyat dan mengukuhkan fiskal kewangan negeri.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.