Zuhuraina Makmur.

KUALA LUMPUR – Exco Srikandi Bersatu, Zuhuraina Makmur mendakwa rakyat tidak mahu berlaku peralihan kuasa Perdana Menteri.

Menurutnya, rakyat mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad mengetuai Pakatan Harapan (PH) bukan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Adakah pemimpin parti komponen PH sudah lupa siapa yang wujud di sisi Mahathir semasa beliau berkempen ke seluruh negara supaya rakyat menolak Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN)?

“Adakah Anwar? Tidak! Yang sering bersama beliau adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Mohamad Sabu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Luar Bandar itu menegaskan, rakyat mahukan kerajaan menjaga keperluan ekonomi mereka, menyediakan peluang pekerjaan dan pendidikan yang cukup untuk mereka.

“Peralihan kuasa perdana menteri hanyalah agenda peribadi pihak tertentu untuk menggugat kestabilan pentadbiran kerajaan,” katanya.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Semak lah awak semua ni . Masa mana nk kerja angkat masalah rakyat . Buta mata hati ker tgk keadaan terok negara masa ni . Puak kamu nk rebut jawatan sj . Satu pihak bantah dan satu pihak lg serang . Lahanat lah kamu semua .

  2. Bersatu hanya ada 12 kerusi…parti paling kerdil dlm PH..
    Macam mana nak terus berkuasa.? Cukup2lah…pulangkan lah jawatan tu kpd yg berhak

Comments are closed.