TERKINI : Nak Saman Saya? Teruskan – Yusoff Rawther

Bekas pembantu penyelidik di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhammed Yusoff Rawther bersedia untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.

Malah beliau menyatakan rasa tidak takut terhadap tindakan undang-undang yang mungkin diambil oleh Presiden PKR itu terhadap dirinya kerana peguamnya juga mempersoal alasan yang diberikan oleh Jabatan Peguam Negara untuk tidak meneruskan prosiding jenayah.

“Anwar mahu saman saya? Bring it on (teruskan),” katanya dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini. Yusoff berkata, beliau bersedia untuk menghadapi perbicaraan yang panjang bagi kes berkenaan yang sememangnya telah mencalar imejnya.