Status Muhammad Saad@Yahya sehari sebelum hari mengundi di PRK Kimanis.

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) peringkat negeri telah berjanji akan berlari dalam guni sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Muhamad Saad@Yahya dari PAN Perlis menerusi akaun Facebooknya pada Jumaat lalu memuatnaik status berbunyi, “PRK Kimanis. Malam esok, kalau BN menang, Pak Aji akan lari dalam guni dari Rawang ke KLCC. Sapa nk ambik gambaq, tunggu dpn KLCC”.

Beliau yang membahasakan dirinya sebagai Pak Aji dalam media sosial itu bagaimanapun tidak berbuat demikian sebaik keputusan PRK Kimanis yang diumumkan malam tadi memihak kepada calon BN, Datuk Mohamad Alamin.

Berikutan itu, netizen yang mengunjungi Facebook beliau mendesaknya menunaikan janji itu, sambil ada yang mengecam dan mengutuknya kerana membuat janji yang tidak logik sebagai seorang pemimpin di peringkat negeri.

Beliau kemudian memuatnaik status terbaharu menyatakan sudah berlari dalam guni dari Rawang ke KLCC.

Namun, dalam status terbaharunya kira-kira jam 11 pagi ini, Muhammad Saad memuatnaik status kononnya beliau sudah sampai di KLCC.

Fuhhhhh…penat juga lari dari Rawang ke KLCC… Bertolak dari Rawang pkl 10 malam… pukul 3 pagi baru smpai KLCC…Lambat sikit, sebab lari dalam guni..Sampai KLCC… orang pun dah tak dak..Pak Aji mintak guard tolong ambik gambaq,” tulis beliau dipercayai untuk ‘menenangkan’ netizen.

Bagaimanapun, netizen tahu status terbaharu Muhamad Saad itu adalah satu pembohongan yang terpaksa dilakukan pemimpin Amanah itu untuk mengelak dari dikecam.

Netizen bernama Abi Muhammad meninggalkan komen, “Aku sumpah kamu mati dalam guni”manakala netizen Edin Edin menyatakan, malang sungguh nasib PH kerana masih ternak spesies barua bodoh macam Pak Aji itu.

Namun, tidak semudah itu netizen mempercayainya, malah berjemaah mengutuknya.

Muhamad Saad yang pernah dilantik sebagai perwakilan Amanah Perlis ketika membahaskan pidato presiden di Konvensyen Amanah Nasional 2018 di Ipoh turut menindihkan gambarnya bersama isteri berlatarkan bangunan berkembar KLCC kononnya selepas selesai berlari dalam guni.

Dalam keputusan PRK semalam, Mohamad Alamin yang mendapat 12,706 undi menang dengan majoriti 2,029 menewaskan calon Warisan, Datuk Karim Bujang yang memperoleh 10,677.

Keputusan itu menjadikan BN memperoleh kemenangan kelima selepas PRK Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.

Jumlah majoriti itu meningkat berbanding 156 dimenangi Datuk Seri Anifah Aman pada PRU14 yang ketika itu bertanding atas tiket BN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Sbb banyak cakap menipulah , rakyat tolak PH .. contohnya seperti dikimanis ni .. fahsm tak psk aji …

  2. Hanya satakat tu je daya pemikiran nya klu nak bebohong brlajar lah dgn sangkancil…bkan dgn kereta kancil….lambat siang nak jadi pemimpin….pimpim oku melintas jalan pun blm tentu selamat klu cam ni nya otak.

  3. Acara baru tu…kencing sambil berlari dalam guni….mcm2’ada dlm ph ni…x sedar2 lagi perasan bagus kerajaan sepenggal ni…riak sangat..amekaw..ph makan tanah setiap prk rakyat dah tunjuk meluat dengan ph ni..

Comments are closed.