JERMAN – Penyerang muda, Erling Braut Haaland menyumbangkan hatrik pertama dalam perlawanan pertamanyan untuk membantu Borussia Dortmund bangkit menewaskan FC Augsburg 3-5 dalam perlawanan Bundesliga pada malam tadi.

Pemain berusia 19 tahun itu menyertai Dortmund dengan nilai £17.1 juta selepas menjaringkan 28 gol dari 22 penampilan bersama Red Bull Salzburg pada musim ini termasuk lima hatrik.

Ini bermakna hatriknya pada malam tadi adalah yang keenam untuk beliau setakat ini dalam satu musim.

Sebelum mengesahkan perpindahan ke Dortmund, Haaland turut dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus dan juga Manchester United.

Haaland menjadi pemain muda paling diburu di Eropah pada jendela perpindahan Januari ini selepas berjaya menghasilkan lapan gol di pertandingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim ini iaitu kedua terbanyak di kejohanan tersebut – MalaysiaGazette