LANGKAWI – Meskipun PLUS Malaysia Berhad dikehendaki mengurangkan caj sebanyak 18 peratus tetapi syarikat konsesi itu masih mempunyai dana yang mencukupi untuk melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan penyelenggaraan.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan pengurangan caj tol lebuh raya itu mulai 1 Februari ini akan meningkatkan jumlah penggunanya. “PLUS beri pengakuan dengan dengan pengurangan tol sebanyak 18 peratus dan tiada kenaikan selama 38 tahun, ia mendapat perolehan mencukupi untuk membiayai kerja-kerja pemulihan dan penyelenggaraan.

“Kita juga percaya penggunaan jalan raya akan meningkat,” kata Perdana Menteri ketika ditemui di Loji Rawatan Kumbajan Pantai Tengah, dekat sini. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pengurangan kutipan tol PLUS nanti akan menjejaskan syarikat berkenaan.

Tambah beliau, selain kutipan tol, syarikat konsesi itu juga mempunyai pendapatan lain seperti pengiklanan dan lain-lain. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pengurangan kutipan tol PLUS nanti akan menjejaskan syarikat berkenaan.

1 Komen

Comments are closed.