KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah terhadap semua dakwaan berasingan berkaitan penggubahan wang haram dan mohon dibicarakan.

Ahmad Maslan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dibicarakan terlebih dahulu sekitar jam 9 pagi di hadapan Hakim Azman Ahmad atas dua pertuduhan penggubahan wang haram dan tidak mengisytiharkan pendapatan pada 2013.

Beliau didakwa telah menerima dana sebanyak RM2 juta daripada Datuk Seri Najib Razak.

Najib ketika itu merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan manakala Ahmad Maslan pula pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan serta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I.

Bagaimanapun sejurus selepas pertuduhan dibacakan, Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah dan mahu dibicarakan.

Azwan Ahmad membenarkan Ahli Parlimen Pontian itu diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 21 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Pemimpin UMNO itu dituduh mengikut Seksyen 3 dan 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) serta berdepan hukuman penjara 5 hingga 15 tahun, denda RM5 juta atau 5 kali ganda nilainya.

Sementara itu, dalam perbicaraan berasingan, Shahrir mengaku tidak bersalah terhadap satu tuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib dalam penyata cukai 2013.

Shahrir mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi terhadap tuduhan itu dan mohon dibicarakan.

Azura kemudian memutuskan Shahrir diikat jamin sebanyak RM350,000 dengan seorang penjamin manakala pasport antarabangsanya diserah kepada mahkamah.

Sebutan kes Shahrir ditetapkan pada 24 Februari depan.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Shahrir dan Ahmad Maslan ketika masing-masing hadir untuk melengkapkan proses siasatan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin UMNO itu kemudian dibebaskan dengan jaminan SPRM. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ahmad Maslan didakwa terima 1 juta dakwa; Sharir didakwa terima 1 juta…yg Tok Pa terima dari Najib RM35 juta tak dakwa?? Siap lantik jd Pengerusi Peneraju Bumiputra lagi…keldai politik betul lah depa ni..rosak SPRM

  2. Alu kelakar lh sprm ni…klu org masuk ph terlepas hukuman..hihi klkar n lucu lh ph ni…koya jadi kambing hitam ph hihi sprm rosak krna ph skrg, sbb rosak kp sprm sgt2 rosak..

Comments are closed.