Gambar hiasan

WASHINGTON – Toyota Motor Corp akan memanggil semula 3.4 juta kenderaan di seluruh dunia kerana kecacatan elektronik yang boleh menyebabkan beg udara tidak boleh berfungsi dalam kemalangan.

Penarikan semula itu termasuk 2.9 juta kenderaan Amerika Syarikat, merangkumi model Corolla 2011-2019,
Matrix 2011-2013, Avalon 2012-2018 dan Avalon Hybrid 2013-2018.

Kenderaan mungkin mempunyai unit kawalan elektronik yang tidak mempunyai perlindungan mencukupi terhadap gangguan elektrik yang boleh berlaku dalam kemalangan, dipercayai akibat kegagalan beg udara.

Ia juga boleh menjejaskan fungsi tali pinggang keledar.

Pada bulan April, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan (NHTSA) Kebangsaan Amerika Syarikat meluaskan penyelidikan terhadap 12.3 juta beg udara yang berpotensi cacat merangkumi beberapa pembuat kereta, termasuk memanggil semula kenderaan Toyota.

NHTSA berkata, pada bulan April tahun lalu ia telah mengenal pasti dua kejadian kemalangan, termasuk satu kemalangan maut “yang melibatkan produk Toyota, yang mana (tekanan elektrik) disyaki sebagai penyebab ” beg udara tidak berfungsi.

Kedua-duanya melibatkan kereta baru Corolla.

NHTSA berkata, beg udara yang disiasat dipasang pada lebih 12 juta kenderaan dari 2010 hingga 2019 yang dijual oleh Toyota, Fiat Chrysler Automobiles NV, Honda Motor Co, Hyundai Motor Co, Kia Motors Corp dan Mitsubishi.

Ia dilengkapi dengan unit kawalan beg udara yang pada mulanya dihasilkan oleh TRW Automotive Holdings Corp, yang kini dimiliki oleh ZF Friedrichshafen.

Keseluruhannya, NHTSA berkata, sebanyak lapan kematian boleh dikaitkan dengan masalah itu. – MalaysiaGazette