PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat daripada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan delegasinya di pejabatnya di Perdana Putra, di sini.

Dr Mahathir dalam catatan di Twitter rasminya, memaklumkan kedua-dua mereka membincangkan perkembangan terkini dan nasib yang menimpa rakyat Palestin dalam pertemuan kira-kira 45 minit itu.

Menurut catatan itu, pemimpin Hamas itu turut merakamkan ucapan terima kasih atas usaha Dr Mahathir yang membawa idea segar berkenaan dunia Islam menerusi penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur pada Disember lepas

“Ismail bagaimanapun meminta maaf kepada perdana menteri kerana tidak dapat menghadiri sidang kemuncak itu,” menurutnya.

Dalam pertemuan itu, Ismail turut menyatakan penghargaan atas usaha dan sokongan berterusan Dr Mahathir buat rakyat Palestin.

Ismail dilaporkan tiba di Malaysia semalam dalam siri lawatannya ke beberapa negara Islam antaranya Iran, Oman, Turki and Qatar. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast