KUALA LUMPUR – Malindo Air telah menggantung serta-merta penerbangan antarabangsanya di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe, China.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu hari ini, penggantungan penerbangan tersebut adalah sebagai tindak balas terhadap larangan perjalanan yang dikeluarkan oleh pegawai di Wuhan berikutan penularan wabak Coronavirus, bagi menjamin keselamatan dan keselesaan perjalanan udara dalam kalangan krew penerangan serta penumpang.

Penumpang yang menempah perjalanan dari 23 Januari hingga 8 Februari, 2020 boleh menghubungi pusat panggilan di + 603-78415388 atau datang ke kaunter tiket untuk bantuan lanjut.

“Sementara itu, kami juga akan sentiasa memantau keadaan semasa di Wuhan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada penumpang di laman web kami,” kata Malindo Air. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast