Azman Ismail

KUALA LUMPUR – Pengguna-pengguna rangkaian Lebuh raya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berpeluang menikmati diskaun tol sebanyak 20% pada 25 Januari 2020 ini sempena Perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail berkata, diskaun tol diberikan antara jam 12:00 pagi hingga 11:59 malam.

Sebagai contoh, sekiranya pelanggan mula memasuki lebuh raya pada jam 7 malam pada 24 Januari dan keluar dari lebuh raya serta membuat bayaran tol pada jam 12:15 pagi pada 25 Januari, mereka akan layak menikmati diskaun perayaan tersebut.

Diskaun tol 20 peratus ini diberikan kepada pelanggan kenderaan persendirian ketika melakukan perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Jambatan Pulau Pinang serta Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Bagaimanapun, diskaun tersebut tidak diberikan untuk transaksi tol di Plaza Tol Tanjung Kupang.

Ia juga tidak ditawarkan kepada pelanggan di Jambatan Pulau Pinang yang sedang menikmati diskaun tol 20 peratus yang sedia ada melalui kad Touch ‘n Go. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast