Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seorang inspektor polis di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur esok.

Menurut SPRM, individu tersebut bakal menghadapi dua pertuduhan berkaitan rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

“Kesemua maklumat berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada hari ini, suruhanjaya itu mendakwa dua pegawai dan seorang anggota polis kerana terbabit dengan rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam. – MalayhsiaGazette