Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pemeriksaan terhadap penumpang di pintu masuk lapangan terbang ekoran wabak koronvirus.

Langkah tambahan diambil oleh operator lapangan terbang bagi memastikan keselamatan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Salah satu langkah yang diambil pihaknya dengan KKM ialah menyediakan pemeriksaan kepada penumpang dan kru penerbangan dari China,” katanya.

Selain itu Malaysia Airpotrs juga menyediakan kawasan penjagaan kesihatan khas sekiranya ada penumpang yang memerlukan prosedur kuarantin dan mengurangkan risiko ia merebak.

Pengumuman awal juga diberi kepada penumpang dan menggalakkan mereka mengisytiharkan tahap kesihatan.

Mereka yang mengaami batuk dan kesukaran bernafas akan dibawa segera ke hospital berhampiran selain mengedarkan topeng dan sanitari di kawasan terminal.- MalaysiaGazette